Seni Mencapai Impian

erxxbahyv4

Ramai orang tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk mencapai kejayaan yang mereka inginkan. Tetapi tidak ramai yang berjaya lakukan apa yang diperlukan untuk mencapai apa yang mereka mahukan.

Seorang kenalan saya berimpian untuk berhenti kerja dan buat duit di rumah.

Dia tahu dia perlu memiliki pendapatan dari rumah sekurang-kurangnya sama dengan gaji yang dia ada sekarang.

Dia tahu apa yang perlu dia lakukan. Dia tahu dia perlu berusaha di waktu malam untuk menghasilkan pendapatan dari rumah kerana di siang dia perlu bekerja di pejabat. Dia tahu dia tidak boleh keluar makan tengahari kerana itu adalah masa yang dia boleh gunakan untuk ‘study’ sesuatu di internet bagi membangunkan bisnes online. Dia hanya ada masa dalam LRT sahaja untuk baca buku. Dia perlu pastikan anaknya tidur sebelum pukul 10 malam kerana selepas itu dia perlu berjaga sehingga pukul 2 pagi untuk membuat duit melalui internet.

Apa yang penting, dia bukan sekadar tahu, dia lakukan kesemua perkara itu.

5 tahun kemudian, dia berjaya berhenti kerja dengan pendapatan daripada perniagaan internet sudah melebihi gaji yang dia dapat melalui pekerjaan.

Setiap hari dia dapat bersama keluarga dan bebas untuk pergi bercuti pada bila-bila masa.

.

Kita mesti menambah kualiti hidup setiap hari. Orang yang berjaya, tentulah hari ini lebih baik dari semalam. Lama kelamaan, kita akan mencapai kejayaan yang kita impikan.

Pepatah arab mengatakan:

“Sesungguhnya, akan aku lihat mudah perkara yang payah, sehinggalah aku mencapai impianku.”

Walaupun sukar, tetap kita lakukan setiap hari.

Ada beberapa perkara yang kita perlu ‘track’ atau perhatikan untuk melihat dan mengukur kemajuan hidup kita.

#1 – Emosi

Emosi atau perasaan adalah yang pertama perlu kita lihat. Emosi inilah yang akan mempengaruhi tindakan kita. Dengan mempunyai emosi yang baik dan stabil, kita akan membuat tindakan yang betul dalam kehidupan.

#2 – Keadaan fizikal

Kesihatan fizikal amatlah penting. Badan yang sihat dan cergas, akan memberikan kita tenaga untuk bekerja dengan setiap hari.

“Akal yang cerdas berada pada badan yang cergas.”

Badan yang sihat juga akan mempengaruhi emosi dan keyakinan diri.

#3 – Hubungan peribadi dan hubungan profesional

Hubungan yang baik akan memberikan kita tenaga dan semangat yang kuat untuk hidup. Apabila kita mempunyai hubungan yang baik, hidup kita pastinya lebih ceria.

“Nabi Muhammad menyuruh kita menjaga silaturahim.”

Kita mesti belajar bagaimana untuk memberi nilai kepada orang lain, dan akhirnya kita menerima lebih banyak nilai daripada orang lain.

#4 – Kewangan

Ada orang bersara dalam keadaan tidak mempunyai kewangan yang baik. Setiap hari, cuba kita lihat, adakah kedudukan kewangan kita lebih baik dari semalam.

Kalau tahap kewangan kita hari ini lebih teruk dari semalam, tentulah ada sesuatu yang tidak kena dengan pengurusan kita. Carilah ilmu dan belajar bagaimana menguruskan kewangan dengan betul.

#5 – Masa dan produktiviti

Tuhan memberikan masa yang sama pada setiap orang. Tiada orang yang harinya ada 25 jam.

Semua orang ada 24 jam sehari. Apa yang berbeza adalah, berapa banyak yang terhasil dalam masa 24 jam itu.

Cari satu ‘benchmark’ dalam dalam bidang yang kita ceburi. Berusaha untuk berada di atas ‘benchmark’ itu.

Jika kita seorang pelajar, berapa banyak topik yang kita boleh ‘study setiap hari.

Jika seorang penulis, katakan ‘benchmark yang kita pilih adalah 3000 perkataan setiap hari. Pastikan kita berjaya menulis melebihi 3000 perkataan setiap hari.

Published by

Khairul Azan Ahmad

Usahawan, penulis dan konsultan ABS Business Consulting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *