4 Strategi Starbucks Mengembangkan Bisnes

Dalam masa 3 dekad lebih sahaja, Starbucks telah berkembang dengan cepat, daripada sebuah kedai kopi kecil di Seattle kepada syarikat yang menjana pendapatan USD 19 bilion dengan lebih 24,464 kedai di seluruh dunia. Strategi starbucks pastinya sangat kukuh sehingga boleh mencapai ke tahap itu.

Di Amerika Syarikat sahaja, Starbucks menjual kepada lebih 70 juta pelanggan setiap minggu. Starbucks menjadikan kedainya sebagai ‘tempat ketiga’ – di antara pejabat dan rumah. Continue reading 4 Strategi Starbucks Mengembangkan Bisnes

Kejayaan Amazon Lebih Cepat Daripada Walmart, Inilah Sebabnya

Apabila kita sebut mengenai kedai online atau ‘shopping online,’ jenama yang terlintas tentunya Amazon.com selain Lazada dan Zalora. Bagaimana kejayaan Amazon bermula dan apakah sebabnya?

Amazon adalah antara syarikat yang mencetus dan memacu dunia pembelian online sekarang.

Pada tahun 1995, Jeff Bezos mula menjual buku dari garaj rumahnya di Seattle. Sehingga sekarang, Amazon masih menjual buku. Tetapi, ia telah berkembang pesat dengan menjual bermacam produk lain selain buku. Fikirkan sahaja apa produk yang kita perlu dan mahu beli, dan cari produk itu di Amazon. Continue reading Kejayaan Amazon Lebih Cepat Daripada Walmart, Inilah Sebabnya

Nike Menguasai Pasaran Dengan Membina Hubungan Pelanggan

Logo ‘swoosh’ Nike boleh dilihat di mana-mana sahaja. Sebagai eksperimen, cuba kita kira berapa banyak ‘swoosh’ yang kita boleh jumpa dengan melihat laman web sukan, media sosial, saluran TV sukan dan majalah-majalah sukan.

Dengan berbagai inovasi dalam pasaran, Nike telah berjaya meletakkan ‘swoosh’ sebagai jenama yang sangat terkenal dalam dunia.

Puluhan tahun dahulu, Phil Knight dan Bill Bowerman bersama-sama mengasaskan syarikat. Continue reading Nike Menguasai Pasaran Dengan Membina Hubungan Pelanggan

Benny Hsu Jana Pendapatan Bersih USD101,971 Dengan Menjual T-Shirt di Facebook

Benny Hsu merupakan orang yang tidak tahu apa mengenai FB Ads pada awalnya.

Pertama kali dia menggunakan FB Ads adalah untuk menjual aplikasi iPhone Photo 365 yang dia bangunkan dan gagal.

Dia seorang yang berminat dengan t-shirt. Memang dari dulu, dia berimpian untuk design dan jual t-shirt sendiri.

Dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang, Benny Hsu tahu dia boleh menjual t-shirt tanpa menyimpan stok dan boleh menempah reka bentuk t-shirt daripada kilang dengan minimum tempahan hanya 10 helai sahaja.

Cuma satu sahaja masalah yang dia hadapi, iaitu dia tidak tahu bagaimana untuk dapatkan pelanggan. Dan dia mesti fikir bagaimana caranya untuk dapatkan pelanggan. Continue reading Benny Hsu Jana Pendapatan Bersih USD101,971 Dengan Menjual T-Shirt di Facebook

Amalan Peniaga Solo Yang Betul

Berniaga secara solo adalah salah satu cara untuk belajar berbisnes pada peringkat awal.

Secara solo atau berjemaah, menguruskannya tetap dengan cara pengurusan bisnes yang betul.

Saya menulis artikel ini kerana melihat satu statistik yang menarik di Amerika Syarikat iaitu 22 juta daripada 28 juta SME merupakan peniaga solo. Continue reading Amalan Peniaga Solo Yang Betul

Bekerja Secara Bebas Mengikut Masa dan Gaya Kita Sendiri

 

freedom-1

Cara tradisional untuk berjaya dalam kerjaya adalah dengan mendapat pekerjaan tetap yang menawarkan gaji yang bagus, dan jaminan kerja sehingga bersara.

Orang sanggup menderita puluhan tahun melakukan kerja rutin, dan meninggalkan keluarga jauh dari pandangan mata semata-mata untuk memastikan mereka tidak hilang pekerjaan yang mereka sedang lakukan sekarang.

Bekerja dengan syarikat orang lain mempunyai tekanan tersendiri yang bukanlah menyeronokkan: Continue reading Bekerja Secara Bebas Mengikut Masa dan Gaya Kita Sendiri

Bagaimana Merancang Untuk Mencapai Apa Yang Kita Mahu

 

jobescapecrew

Semasa saya berehat selepas makan tengah hari, saya berbual-bual dengan beberapa rakan dalam tim bisnes, Faizul dan Azlina. Kedua mereka menerangkan ‘what is next’ untuk mereka lakukan.

Mereka sangat teruja dengan apa yang mereka mahu lakukan. Azlina mahu mendaki beberapa bukit dan gunung di Malaysia. Faizul pula mahu memulakan beberapa projek ‘ecommerce startup’ kecil.

Bagi saya, amat bagus apabila kita tahu ‘what is next’ untuk kita lakukan. Setelah kita tahu apa yang kita mahu capai, apakah pertama untuk bergerak ke arah mencapai apa yang kita mahu. Cuma ada dua cara atau ‘approach’ untuk kita merancang apa yang kita mahu. Continue reading Bagaimana Merancang Untuk Mencapai Apa Yang Kita Mahu

Bagaimana Menjadi Pemimpin Yang Dicintai, Bukan Bos Yang Dibenci

Seorang bos atau pengurus mempunyai kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya berdasarkan jawatannya. Namun, kepimpinan bukan setakat menggunakan kuasa-kuasa rasmi bagi melaksanakan tugas-tugas pengurusan dengan lancar.

Seseorang boleh dilantik untuk menjadi pengurus. Tetapi beliau hanya boleh menjadi pemimpin apabila beliau diterima sebagai pemimpin oleh orang yang berada di bawahnya. Continue reading Bagaimana Menjadi Pemimpin Yang Dicintai, Bukan Bos Yang Dibenci