Bagaimana Merancang Untuk Mencapai Apa Yang Kita Mahu

 

jobescapecrew

Semasa saya berehat selepas makan tengah hari, saya berbual-bual dengan beberapa rakan dalam tim bisnes, Faizul dan Azlina. Kedua mereka menerangkan ‘what is next’ untuk mereka lakukan.

Mereka sangat teruja dengan apa yang mereka mahu lakukan. Azlina mahu mendaki beberapa bukit dan gunung di Malaysia. Faizul pula mahu memulakan beberapa projek ‘ecommerce startup’ kecil.

Bagi saya, amat bagus apabila kita tahu ‘what is next’ untuk kita lakukan. Setelah kita tahu apa yang kita mahu capai, apakah pertama untuk bergerak ke arah mencapai apa yang kita mahu. Cuma ada dua cara atau ‘approach’ untuk kita merancang apa yang kita mahu.

#1 – Membuat pelan strategik dan pelan tindakan yang ringkas

Saya suka mengikuti kisah orang-orang yang ‘live free.’ Di antara bahan bacaan saya adalah TheVocket.com.

Semasa Nate Damm menyatakan hasrat untuk berjalan kaki dari Maine ke San Francisco, beliau ditanya kenapa beliau mahu melakukannya. Beliau cuma menjawab itu adalah perkara yang dia rasa dia patut lakukan sebagai kepuasan.

Beliau ditanya lagi bagaimana beliau mahu lakukannya. Belia mengatakan yang beliau mahu berjalan dengan memakai kasut, membawa ‘backpack,’ dan ‘sleeping bag.’

Menjawab soalan “kenapa” adalah pelan strategik dan menjawab soalan “bagaimana” adalah pelan tindakan.

Jawapan kepada kenapa itu mestilah cukup kuat, barulah kita mempunyai ketahanan yang hebat untuk mencapai apa yang kita mahu.

Jika jawapan kenapa kita adalah: “mahu ikut rakan-rakan yang lain,” itu tidak cukup kuat. Ini akan mematahkan usaha kita nanti apabila rakan-rakan kita mengkritik usaha yang kita lakukan.

Apabila saya bertanya kepada orang yang ‘high achiever,’ saya kagum dengan jawapan mereka. Kebanyakan mereka memberikan jawapan untuk melihat dunia yang lebih baik.

Apa yang kita mahu lakukan pastinya memerlukan masa dan dalam banyak keadaan ia juga memerlukan duit.

Kita boleh cuba gunakan borang berikut sebagai perancangan strategik ringkas.

.

Matlamat: _________________________

Sebab: ___________________________

Masa: ____________________________

Duit: _____________________________

Kos lain: __________________________

Halangan: _________________________

Penyelesaian: ______________________

.

Walaupun kebanyakan dari apa yang kita mahu lakukan adalah idea yang keluar secara spontan, tetapi kita mesti mempunyai alasan dan cara yang jelas untuk lakukannya.

Nombor adalah kawan rapat yang mesti kita jaga.

Matt Krause merupakan seorang lagi individu yang mahu berjalan kaki merentasi Turki. Dia membuat perancangan untuk berjalan lebih kurang 97 kilometer seminggu. Perjalanan ini akan mengambil masa selama 22 minggu.

Dia menulis perancangan terperinci dalam ‘excel spreadsheet.’ Ini termasuk ketinggian, cuaca dan suhu kawasan-kawasan yang akan dilalui olehnya.

#2 – Pergi mampus dengan perancangan, buat sahaja

Walaupun untuk buat sedikit perancangan sebelum memulakan sesuatu, tetapi kadang-kadang terlalu membuat perancangan akan menjadikan kita terperangkap dalam ‘planning paralysis.’

Jika kita selalu ada masalah dengan terlalu banyak berfikir untuk memulakan sesuatu, jalan penyelesaiannya adalah: buat sahaja.

Seorang kenalan saya, penunggang basikal dari Kelantan yang selalu mengayuh ke berbagai tempat di seluruh Malaysia. Beliau sering ditanya soalan: “bagaimana saya mahu bermula untuk menjadi pengayuh basikal?”

Jawapan yang selalu beliau beri adalah: “kamu tunggu apa lagi?”

Beliau beritahu saya, semua soalan teknikal seperti basikal apa yang sesuai, apa persediaan fizikal – boleh dijawab dengan hanya mencari di Google.

Tetapi, kalau kita masih belum dapat bermula, bermakna itu bukan isu teknikal lagi.

Tanpa perancangan, kita mungkin akan rasa ‘lost’ pada peringkat awal bermula. Tetapi percayalah, kita akan rasa biasa bila sudah lepas fasa permulaan.

Semasa saya mula menyertai tim ABS, saya memang ‘lost’ dengan budaya bisnes korporat. Tetapi, selepas dua tiga bulan, bekerja secara korporat menjadikan kita lebih kuat dengan banyak pendedahan, lebih produktif dan mendapat capaian yang lebih luas.

Published by

Khairul Azan Ahmad

Usahawan, penulis dan konsultan ABS Business Consulting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *