4 Siri Video Ini Akan Membantu Pemilik Syarikat Membayar Lebih Banyak Zakat Setiap Tahun

Jika perniagaan boleh menjadikan kita kaya, perniagaan juga boleh menjadikan kita miskin jika tidak memiliki ilmu membangunkan syarikat.

Risiko-risiko mengembangkan syarikat yang tidak ramai tahu:

  1. Dijatuhkan oleh staf dan business partner sendiri.
  2. Kebocoran kewangan yang disorokkan staf gelap mata.
  3. Jatuh bankrap kerana disaman.
  4. Jualan tinggi tetapi tiada untung.
  5. Ada SOP, tetapi syarikat semakin menguncup, bukan mengembang.

Sudah penat menyusun batu-bata, sekarang mahu membina menara pula?

Membina syarikat seperti menyusun batu-bata. Membangunkan syarikat pula ibarat membina sebuah menara. Jika Tuan-tuan mahu membina menara, maka Tuan-tuan wajib melabur bagi menonton siri video ini.

Ketahui siapa yang akan melaporkan masalah syarikat kepada pihak SSM, sudah pasti bukan pesaing perniagaan kita. Seperti kata satu pepatah dalam sebuah drama Korea:

“Ramai Raja dijatuhkan oleh orang kanannya sendiri berbanding ditumbangkan oleh musuh mereka.”

Kenal pasti juga MENGAPA Syarikat Holding perlu memiliki banyak anak syarikat?

Ya! Banyak anak syarikat bukan banyak isteri. Ini kerana banyak isteri belum tentu lagi akan menambahkan pendapatan syarikat kita, membelanjakan harta kita sudah pasti.

Kami gabungkan 4 siri video rakaman ini dalam satu DVD.

Boleh percayakah? Jangan-jangan ini DVD serupa dengan program motivasi bisnes yang lain.

Dalam DVD ini ada 4 siri video yang disampaikan oleh 4 penyampai! (Ya, EMPAT orang!)

4 penyampai tersebut adalah:

Puan Ainon Mohd

Puan Ainon Mohd. merupakan chairman syarikat PTS Media Group yang merupakan penerbit buku besar di Malaysia. Beliau merupakan mentor kepada puluhan usahawan muda di luar sana. Pengalaman sebagai pengamal kreativiti dalam bisnes memberikan beliau gelaran De Bono Malaysia.

Puan Armiati Ismail

Puan Armiati Mohd Ismail adalah konsultan di ABS bagi hal-ehwal persyarikatan. Beliau menerangkan dalam DVD ini mengenai bagaimana mahu mendaftarkan syarikat baru, baik milikan tunggal (enterprise), PLT, mahupun Sdn Bhd. Juga Bagaimana mahu menaikkan taraf syarikat enterprise menjadi PLT ataupun Sdn Bhd. Dan paling penting adalah hal-ehwal pengurusan akaun syarikat enterprise, PLT ataupun Sdn Bhd.

Puan Noraminah Omar

Puan Noraminah Omar merupakan antara orang penting dalam pembangunan projek tadika. Beliau memahami selok-belok SOP bisnes. Dalam DVD ini beliau menerangkan dengan terperinci tugas-tugas setiap Ahli Lembaga Pengarah. Bagaimana kita mengasingkan tugas masing-masing supaya syarikat makin berkembang, bukannya menguncup.

Tuan Hir Effendy

Tuan Hir Effendy merupakan CEO bagi syarikat ABS. Beliau merupakan individu penting yang merangka pengurusan keseluruhan syarikat ABS termasuk anak syarikat ABS.

Apa Yang Akan Saya Dapat Jika Melabur Ke Atas DVD Ini?

  1. Dapatkan langkah-langkah bagaimana mengelakkan syarikat daripada disaman di mahkamah hanya disebabkan oleh beberapa buah dokumen dan satu tandatangan.
  2. Memahami bagaimana mengurus hutang menjadi aset syarikat yang akhirnya berfungsi sebagai mesin duit.
  3. Kenalpasti dua pihak yang berpotensi untuk melaporkan hal syarikat kepada SSM supaya syarikat kita didakwa di mahkamah.
  4. Kenapa syarikat holding mesti mempunyai banyak anak syarikat?
  5. Ketahui kenapa isteri bukanlah pilihan utama untuk menjadi ALP syarikat kita? Isteri lagi….

Tunggu Dulu!

  1. Jangan beli DVD ini sekiranya Tuan-tuan hanya mahu memiliki sebuah syarikat saja. DVD ini akan membuka kunci kekayaan melalui pemilikan banyak syarikat.
  2. Jangan beli jika tuan hanya mahu tandangan dokumen, tanpa langsung memahami dokumen tersebut. DVD ini mengajar kita berusaha memahami dokumen yang penuh tipu daya itu.
  3. Jangan beli jika tuan hanya mahu menjual produk semata-mata. DVD ini berkongsi seluruh ilmu untuk membina syarikat YANG AKAN MENJUALKAN produk untuk kita.

Klik Untuk Beli Sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *