Ciri Keusahawanan Yang Saya Suka

Saya suka perkataan usahawan dalam bahasa melayu berbanding bahasa inggeris (entrepreneur) kerana ada perkataan ‘usaha’ di dalamnya.

Bagaimana mentaliti seorang usahawan berbeza dengan mentaliti seorang pekerja.

Seorang usahawan sanggup untuk mengambil risiko yang dikira. Ada masa mereka akan buat benda yang bercanggah dengan cara konvensional. Bagi mereka perkara yang tidak logik adalah ‘possible.’ Perkara yang tidak pernah ada memang tidak logik. Apabila ia sudah berlaku barulah logiknya akan nampak.

Berada dalam komuniti usahawan, ciri yang saya paling suka adalah kreativiti dan kebolehan untuk menghasilkan sesuatu di luar kemampuan sumber yang mereka ada. Mereka mungkin ada sumber manusia dan duit yang terhad. Tetapi, mereka berjaya menghasilkan sesuatu yang tidak logik berdasarkan sumber yang terhad itu.

Usahawan boleh dikatakan ‘pakar’ menyelesaikan masalah. Itulah kerja mereka setiap hari. Ada yang menukarkan masalah menjadi harta intelek. Kemudian harta intelek itu menjadi sebuah perniagaan.

“Mari kita fikir bagaimana untuk lakukannya.” Ayat yang selalu saya dengar dalam kalangan mereka.

Tiada atau jarang sekali saya dengar: “kita tidak boleh lakukannya” atau “kita tidak mampu.”

Published by

Khairul Azan Ahmad

Usahawan, penulis dan konsultan ABS Business Consulting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *