Bagaimana Cipta Duit Dengan Hobi

Ada orang berimpian untuk hidup bebas dan buat apa yang mereka suka seperti mahu travel ke luar negara. Ada orang mahu habiskan masa dengan membaca buku dan belajar perkara-perkara baru. Tetapi, adakah aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan itu akan menghasilkan duit? Jika tidak, minat itu hanyalah hobi ‘part-time’ sahaja yang menghabiskan duit.

Tentunya sesuatu yang amat kita sukai jika kita dapat duit dengan buat apa yang kita minat dan suka.

Tetapi, minat sahaja tidak cukup untuk ia menjadi duit.

Perkara yang penting #ciptaduit dengan buat apa yang kita minat adalah menentukan apakah kebaikan yang orang lain dapat daripada aktiviti-aktiviti yang kita minat itu.

Orang yang suka membaca buku. Dia boleh buat nota daripada bacaannya. Lalu nota itu dibukukan dan dijual dalam bentuk ebook. Dengan cara ini, dia boleh berhenti kerja dan cipta duit sendiri.

Apabila perkara yang kita minat boleh membawa kebaikan kepada orang lain, barulah kita fokus pula kepada siapa yang akan mendapat kebaikan itu. Inilah pelanggan sasaran kita.

Oleh itu, kita kena tentukan siapakah pelanggan kita itu. Kemudian, barulah kita dapat berhubung dengan mereka dan mendapat duit daripada mereka.

Jantina, umur dan pendapatan adalah demografi. Tetapi jangan lihat pelanggan sasaran setakat demografi sahaja, lihat juga psikografi seperti nilai dan kepercayaan mereka.

Soalan seterusnya, adakah orang-orang ini berminat mahu membeli daripada kita? Cara paling ‘simple’ adalah bertanya kepada mereka. Dapatkan jawapan adakah mereka berbelanja untuk mmebeli hasil kerja atau servis kita? Dan cuba selidiki juga seandainya mereka ada masalah lain yang kita boleh selesaikan dengan hobi kita itu.

Jika kita tidak suka bersemuka dengan orang, kita boleh buat ‘smoke test.’ Buat satu kempen iklan untuk lihat bagaimana respons mereka terhadap apa yang kita cuba jual.

.

Kadang-kadang, apa pelanggan kata bukan apa yang sebenarnya dia mahu.

Syarikat penerbangan selalu menerima kritikan pelanggan mengenai ruangan kaki yang sempit. Tetapi setelah syarikat penerbangan menawarkan ruangan kaki yang lebih luas dengan harga tambahan, pelanggan memilih untuk penerbangan yang lebih murah walaupun ruangan kaki sempit.

Untuk mendapat jawapan yang lebih tepat, cuba berfikir beberapa lapis di sebalik apa yang pelanggan kata. Apakah keperluan pelanggan yang mereka sendiri tidak sedar.

.

Ada makanan yang laku keras walaupun tidak sedap kerana lokasinya berhampiran dengan kawasan pejabat. Rupa-rupanya pekerja pejabat mahu makanan yang cepat walaupun tidak sedap. Lalu ada orang membuat servis menghantar makanan yang sedap ke pejabat-pejabat. Pekerja-pekerja tidak perlu keluar mencari makanan lagi.

Published by

Khairul Azan Ahmad

Usahawan, penulis dan konsultan ABS Business Consulting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *