Pemuda Yang Cuba Hidup Luar Dari Kebiasaan Orang Ramai

Apabila mendapat nasihat, dia cermat mendengar. Bukan semua nasihat dia akan terima bulat-bulat.

Dia sentiasa mencari orang-orang yang dianggap luar biasa untuk dijadikan kawan.

Bekerja dengan kerajaan atau syarikat swasta tidak pernah menjadi impiannya.

Membuat keputusan dan mengambil tindakan yang sangat berbeza daripada orang walaupun itu sangat berisiko. Continue reading Pemuda Yang Cuba Hidup Luar Dari Kebiasaan Orang Ramai

Ada Kerja Tertentu Yang Lebih Bagus Jika Tidak Dibayar Upah

Banyak dari kalangan orang-orang bijak pandai berbeza pendapat sama ada penderma darah patut diberi bayaran atau pun tidak.

Seorang ahli sosiologi mengatakan memberi bayaran kepada penderma darah bukan sahaja tidak bermoral, malah cara itu tidak akan menambah bilangan penderma darah.

Seorang ahli ekonomi di Sweden mahu menguji adakah pendapat ahli sosiologi itu benar. Lalu dia melawat sebuah pusat tabung darah di Gothenburg dan bertemu 153 orang wanita yang berhajat mahu menderma darah. Continue reading Ada Kerja Tertentu Yang Lebih Bagus Jika Tidak Dibayar Upah

Bagaimana Cipta Duit Dengan Hobi

Ada orang berimpian untuk hidup bebas dan buat apa yang mereka suka seperti mahu travel ke luar negara. Ada orang mahu habiskan masa dengan membaca buku dan belajar perkara-perkara baru. Tetapi, adakah aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan itu akan menghasilkan duit? Jika tidak, minat itu hanyalah hobi ‘part-time’ sahaja yang menghabiskan duit. Continue reading Bagaimana Cipta Duit Dengan Hobi

Bilakah Tuan Patut Berhenti Kerja dan Mulakan Bisnes Sendiri

Pada hujung minggu yang lalu, saya meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama kawan-kawan lama yang masih lagi bekerja dengan syarikat-syarikat lain.

Mereka mengutarakan beberapa soalan untuk berkaitan kerja yang sudah menjadi Frequently Asked Question (FAQ). Continue reading Bilakah Tuan Patut Berhenti Kerja dan Mulakan Bisnes Sendiri

Bekerja Secara Bebas Mengikut Masa dan Gaya Kita Sendiri

 

freedom-1

Cara tradisional untuk berjaya dalam kerjaya adalah dengan mendapat pekerjaan tetap yang menawarkan gaji yang bagus, dan jaminan kerja sehingga bersara.

Orang sanggup menderita puluhan tahun melakukan kerja rutin, dan meninggalkan keluarga jauh dari pandangan mata semata-mata untuk memastikan mereka tidak hilang pekerjaan yang mereka sedang lakukan sekarang.

Bekerja dengan syarikat orang lain mempunyai tekanan tersendiri yang bukanlah menyeronokkan: Continue reading Bekerja Secara Bebas Mengikut Masa dan Gaya Kita Sendiri

Bagaimana Merancang Untuk Mencapai Apa Yang Kita Mahu

 

jobescapecrew

Semasa saya berehat selepas makan tengah hari, saya berbual-bual dengan beberapa rakan dalam tim bisnes, Faizul dan Azlina. Kedua mereka menerangkan ‘what is next’ untuk mereka lakukan.

Mereka sangat teruja dengan apa yang mereka mahu lakukan. Azlina mahu mendaki beberapa bukit dan gunung di Malaysia. Faizul pula mahu memulakan beberapa projek ‘ecommerce startup’ kecil.

Bagi saya, amat bagus apabila kita tahu ‘what is next’ untuk kita lakukan. Setelah kita tahu apa yang kita mahu capai, apakah pertama untuk bergerak ke arah mencapai apa yang kita mahu. Cuma ada dua cara atau ‘approach’ untuk kita merancang apa yang kita mahu. Continue reading Bagaimana Merancang Untuk Mencapai Apa Yang Kita Mahu

Bagaimana Membaca Satu Buku Setiap Minggu

Semasa saya baru habis sekolah menengah, saya hadir ke satu ceramah. Penceramah bertanya kepada audiens; “berapa banyak buku yang anda baca dalam satu tahun?” Saya mula berfikir dan kira. Rupanya tidak sampai satu buku pun setahun saya baca. Penceramah itu menyarankan agar kita membaca sekurang-kurang 10 buku setahun. Lebih bagus jika dapat baca 100 buku setahun. Continue reading Bagaimana Membaca Satu Buku Setiap Minggu