Mula Bisnes – Pedulikan Apa Orang Kata

Semenjak dari kita mula dewasa (atau lebih awal), kita akan fikir apa orang lain akan kata kalau kita membuat satu-satu tindakan.

Kalau saya dapat keputusan peperiksaan yang tidak bagus, apa ibu saya akan cakap.

Jika bisnes saya gagal, saya mesti malu dengan orang.

Apa orang akan kata apabila saya tidak ada pekerjaan tetap seperti orang lain.

Continue reading Mula Bisnes – Pedulikan Apa Orang Kata

Memberi Kebaikan dan Mencipta Nilai Adalah Bisnes Yang Sebenar

Di antara kerja usahawan yang hakiki adalah menyelesaikan masalah. Usahawan sebenar akan memberi kebaikan kepada ramai orang. Dengan kata lain, usahawan sentiasa berfikir setiap hari untuk mencipta dan menambah nilai.

Nilai adalah perkara yang berguna dan dihargai oleh manusia. Dalam bisnes, nilai adalah perkara yang berguna dan dihargai oleh pelanggan atau pengguna. Continue reading Memberi Kebaikan dan Mencipta Nilai Adalah Bisnes Yang Sebenar

Pengaruhi Pembaca Dengan 7 Perkara

Menulis skrip jualan yang persuasif adalah kemestian  apabila kita menjual produk , servis atau idea. Tulisan yang baik akan pengaruhi pembaca.

Walaupun penulisan yang hebat adalah suatu seni, memahami kesan penulisan pada sudut sains psikologi dan kajian sains-neuro membantu penulis menghasilkan tulisan yang persuasif.

Saya tunjukkan 7 perkara yang telah dibuat kajian saintifik, yang memberi kesan kepada psikologi dan minda manusia. Continue reading Pengaruhi Pembaca Dengan 7 Perkara

Inilah Apa Yang Dilakukan Content Marketer Yang Berjaya

Atlet profesional menghabiskan ribuan jam di medan latihan mempersiapkan diri untuk bertarung semasa hari pertandingan.

Ini kerana, mereka yakin seorang atlet tidak boleh menjadi hebat di dalam bidang mereka tanpa menghabiskan masa dan tenaga untuk mempersiapkan diri.

Ia adalah kerja yang kebanyakan orang tidak nampak – semua masa yang dihabiskan untuk berlatih – yang membezakan di antara atlet yang baik dengan atlet yang betul-betul hebat.

Di dalam dunia content marketing, kita perlu lihat diri kita seperti seorang atlet. Latihan kita adalah kajian pasaran (market research) – ia adalah apa yang perlu kita lakukan, hari demi hari dan minggu demi minggu, untuk menjadi hebat di medan pasaran terbuka.

Apakah latihan penting yang kita perlu lakukan untuk menjadi content marketer yang hebat?

Kebiasaannya apabila  kita bercakap tentang “kerja” di dalam dunia kita, kita bercakap mengenai menulis content, mencipta produk, menguruskan media sosial atau kempen pemasaran emel, menjawab emel, dan menjaga pelanggan-pelanggan kita. Continue reading Inilah Apa Yang Dilakukan Content Marketer Yang Berjaya