Benny Hsu Jana Pendapatan Bersih USD101,971 Dengan Menjual T-Shirt di Facebook

Benny Hsu merupakan orang yang tidak tahu apa mengenai FB Ads pada awalnya.

Pertama kali dia menggunakan FB Ads adalah untuk menjual aplikasi iPhone Photo 365 yang dia bangunkan dan gagal.

Dia seorang yang berminat dengan t-shirt. Memang dari dulu, dia berimpian untuk design dan jual t-shirt sendiri.

Dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang, Benny Hsu tahu dia boleh menjual t-shirt tanpa menyimpan stok dan boleh menempah reka bentuk t-shirt daripada kilang dengan minimum tempahan hanya 10 helai sahaja.

Cuma satu sahaja masalah yang dia hadapi, iaitu dia tidak tahu bagaimana untuk dapatkan pelanggan. Dan dia mesti fikir bagaimana caranya untuk dapatkan pelanggan. Continue reading Benny Hsu Jana Pendapatan Bersih USD101,971 Dengan Menjual T-Shirt di Facebook

Amalan Peniaga Solo Yang Betul

Berniaga secara solo adalah salah satu cara untuk belajar berbisnes pada peringkat awal.

Secara solo atau berjemaah, menguruskannya tetap dengan cara pengurusan bisnes yang betul.

Saya menulis artikel ini kerana melihat satu statistik yang menarik di Amerika Syarikat iaitu 22 juta daripada 28 juta SME merupakan peniaga solo. Continue reading Amalan Peniaga Solo Yang Betul

7 Hakikat Yang Saya Tidak Sangka Ada Dalam Bisnes

Saya menyertai ABS 3 tahun yang lalu semasa ABS baru ditubuhkan. Semenjak ditubuhkan, dari masa ke masa ABS menambah rakan kongsi dan anak syarikat yang baru. Membangunkan syarikat Holdings bukan sesuatu yang mudah dan boleh berlaku dengan cepat.

Ia adalah pengalaman yang membuka mata, memenatkan, menggembirakan, mengecewakan, dan amat bernilai kepada setiap orang yang terlibat. Sebuah pengalaman adalah amat bermakna untuk melihat sendiri secara nyata bagaimana ABS membina, menjual dan mengubahsuai sebuah nilai tawaran (USP). Continue reading 7 Hakikat Yang Saya Tidak Sangka Ada Dalam Bisnes

Kenapa Pekerja Yang Bagus Akhirnya Meninggalkan Kita

Sering saya dengar orang bisnes mengeluh kerana staf yang cemerlang akhirnya meninggalkannya dan pergi berkerja di syarikat lain. Ia tentunya menjatuhkan self-esteem dan meningkatkan kos untuk melatih staf baru.

Orang yang pergi meninggalkan kita tentunya ada sebab tersendiri tetapi kita tidak dapat mengetahuinya kerana dia telah pun pergi. Continue reading Kenapa Pekerja Yang Bagus Akhirnya Meninggalkan Kita

Pemimpin Introvert (Kurang Bercakap) Bagus Untuk Bisnes

Ramai orang tidak sangka pemimpin introvert lebih bagus dari pemimpin yang extrovert.

Orang yang senyap kurang bercakap, kurang melepak di luar, dan mudah bosan apabila berada di khalayak adalah ‘introvert.’

Orang yang gemar bercakap-cakap, banyak keluar rumah, dan mudah bosan apabila berseorangan adalah ‘extrovert.’

Kita jarang mendengar seorang pemimpin dikaitkan dengan introvert. Biasanya kita kaitkan seorang pemimpin itu sebagai seorang yang gemar bercakap-cakap dan suka bersosial. Continue reading Pemimpin Introvert (Kurang Bercakap) Bagus Untuk Bisnes

Menjadi Seorang Pemimpin Bisnes Sebenar

Seorang usahawan adalah pemimpin bisnes. Suatu hakikat mengenai kepimpinan yang jarang diperkatakan – ia bukan berkaitan dengan kehebatan diri.

Biasanya, seorang ketua atau pemimpin dalam bisnes dilihat hebat kerana dia menerima bayaran yang lebih banyak daripada orang bawahan. Tetapi, itu bukan ukuran kejayaan seorang pemimpin.

Kejayaan seorang pemimpin dinilai mengikut sejauh mana kejayaan orang yang menjadi pengikutnya.

Menjadi pemimpin bukan sekadar mendapat autoriti dan pengiktirafan daripada orang luar. Sebaliknya, ia adalah membentuk dan membantu orang bawahan agar mereka mencapai petensi diri mereka sebenar. Menerangkan strategi dan memberi kepada bantuan kepada orang bawahan bukan sekadar untuk menjayakan sebuah organisasi, tetapi juga meningkatkan kualiti hidup setiap orang bawahan.

Pemimpin yang terbaik setiap hari berusaha untuk bukan sahaja membawa oraganisasi mencapai matlamat yang ditetapkan, tetapi secara mendalam mengambil peduli situasi setiap orang bawahan.

Sebagai seorang pemimpin kita mempunyai peluang yang besar untuk mengubah kualiti hidup orang bawahan kita.

Ia mungkin seringkas mengucap salam dengan senyuman, mengingati dan menyebut nama mereka. Itu akan mempamerkan kita amat bersungguh untuk membantu mereka mencapai impian hidup mereka (bermula dengan menggembirakan mereka).

Kita sebenarnya sedang membantu mereka menjadi lebih kuat setiap hari. Lagi kuat individu di dalam organisasi kita, lagi kuatlah organisasi kita.

Mengubah kualiti hidup manusia adalah apa yang dilakukan setiap hari oleh pemimpin-pemimpin menjadi sebutan ramai.

Pemimpin yang mencari kepuasan dengan bersikap ego dan tidak membantu orang bawahannya pastinya akan tersungkur di tengah jalan. Ada beza yang jelas di antara ‘true-leadership’ berbanding ‘authority-driven management.’

Sama ada kita memimpin 5 orang ahli tim atau 5000, sentiasa ingat untuk fokus membantu orang bawahan. Itulah kepimpinan sebenar.

Bagaimana British Airways Membaik Pulih Sistem Pengurusan Mereka

Sekitar tahun 1980an, seorang pegawai senior syarikat British Airways (BA) melantik satu pasukan bagi menyiasat dan melaporkan apakah yang British Airways boleh lakukan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Continue reading Bagaimana British Airways Membaik Pulih Sistem Pengurusan Mereka

Apa Yang Menghalang Kita Mula Bisnes

Saya berjumpa dengan ramai orang yang mempunyai idea-idea yang bagus untuk memulakan bisnes. Mereka menceritakan idea itu dengan bersemangat.

Selang beberapa ketika, saya berjumpa kembali dengan mereka, rupanya mereka masih belum memulakan bisnes yang mereka cadangkan.

Sebenarnya, apakah yang menghalang mereka untuk bermula. Continue reading Apa Yang Menghalang Kita Mula Bisnes