blog

Panduan Mula Bisnes Dengan Modal Kecil

Banyak orang menyangka memulakan bisnes memerlukan modal yang banyak. Daripada pengalaman saya berjumpa dengan ratusan usahawan, sangkaan ini tidak betul.

Bahkan, kita wajib menggunakan modal yang kecil jika bisnes yang kita mulakan itu adalah bisnes yang pertama.

Continue reading Panduan Mula Bisnes Dengan Modal Kecil

4 Siri Video Ini Akan Membantu Pemilik Syarikat Membayar Lebih Banyak Zakat Setiap Tahun

Jika perniagaan boleh menjadikan kita kaya, perniagaan juga boleh menjadikan kita miskin jika tidak memiliki ilmu membangunkan syarikat.

Risiko-risiko mengembangkan syarikat yang tidak ramai tahu:

  1. Dijatuhkan oleh staf dan business partner sendiri.
  2. Kebocoran kewangan yang disorokkan staf gelap mata.
  3. Jatuh bankrap kerana disaman.
  4. Jualan tinggi tetapi tiada untung.
  5. Ada SOP, tetapi syarikat semakin menguncup, bukan mengembang.

Continue reading 4 Siri Video Ini Akan Membantu Pemilik Syarikat Membayar Lebih Banyak Zakat Setiap Tahun

Pemuda Yang Cuba Hidup Luar Dari Kebiasaan Orang Ramai

Apabila mendapat nasihat, dia cermat mendengar. Bukan semua nasihat dia akan terima bulat-bulat.

Dia sentiasa mencari orang-orang yang dianggap luar biasa untuk dijadikan kawan.

Bekerja dengan kerajaan atau syarikat swasta tidak pernah menjadi impiannya.

Membuat keputusan dan mengambil tindakan yang sangat berbeza daripada orang walaupun itu sangat berisiko. Continue reading Pemuda Yang Cuba Hidup Luar Dari Kebiasaan Orang Ramai

Ada Kerja Tertentu Yang Lebih Bagus Jika Tidak Dibayar Upah

Banyak dari kalangan orang-orang bijak pandai berbeza pendapat sama ada penderma darah patut diberi bayaran atau pun tidak.

Seorang ahli sosiologi mengatakan memberi bayaran kepada penderma darah bukan sahaja tidak bermoral, malah cara itu tidak akan menambah bilangan penderma darah.

Seorang ahli ekonomi di Sweden mahu menguji adakah pendapat ahli sosiologi itu benar. Lalu dia melawat sebuah pusat tabung darah di Gothenburg dan bertemu 153 orang wanita yang berhajat mahu menderma darah. Continue reading Ada Kerja Tertentu Yang Lebih Bagus Jika Tidak Dibayar Upah

Pengguna Chrome Dan Firefox Adalah Orang Yang Anda Patut Ambil Sebagai Pekerja

Seorang ahli ekonomi, Michael Housman mengkaji pekerja di bahagian khidmat pelanggan. Dia mahu mengetahui kenapa sebahagian daripada pekerja-pekerja itu boleh bertahan lama dengan kerja mereka. Manakala, sebahagian lagi tidak dapat bertahan lama dan bertukar kepada pekerjaan lain.

Dia bersama pasukan kajian mengumpul dan menganalisis data 30 ribu pekerja. Mereka ini bekerja menjawab panggilan bagi pihak bank, syarikat penerbangan, dan telekomunikasi. Continue reading Pengguna Chrome Dan Firefox Adalah Orang Yang Anda Patut Ambil Sebagai Pekerja

Jika Mahu Bisnes Berkembang Besar, Jaga 3 Perkara Ini

Kita banyak dengar bisnes akan gagal pada tahun pertama, bukan?

Bisnes bermula dengan banyak perkara yang kita tidak pasti sama ada betul atau pun tidak. Bisnes yang bermula ini perlu melalui banyak proses uji-gagal untuk mendapat ‘tune’ yang betul.

Seorang penjual burger bernama Radi juga melalui proses uji-gagal semasa baru bermula. Continue reading Jika Mahu Bisnes Berkembang Besar, Jaga 3 Perkara Ini

Bagaimana Cipta Duit Dengan Hobi

Ada orang berimpian untuk hidup bebas dan buat apa yang mereka suka seperti mahu travel ke luar negara. Ada orang mahu habiskan masa dengan membaca buku dan belajar perkara-perkara baru. Tetapi, adakah aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan itu akan menghasilkan duit? Jika tidak, minat itu hanyalah hobi ‘part-time’ sahaja yang menghabiskan duit. Continue reading Bagaimana Cipta Duit Dengan Hobi

Ciri Keusahawanan Yang Saya Suka

Saya suka perkataan usahawan dalam bahasa melayu berbanding bahasa inggeris (entrepreneur) kerana ada perkataan ‘usaha’ di dalamnya.

Bagaimana mentaliti seorang usahawan berbeza dengan mentaliti seorang pekerja.

Seorang usahawan sanggup untuk mengambil risiko yang dikira. Ada masa mereka akan buat benda yang bercanggah dengan cara konvensional. Bagi mereka perkara yang tidak logik adalah ‘possible.’ Perkara yang tidak pernah ada memang tidak logik. Apabila ia sudah berlaku barulah logiknya akan nampak. Continue reading Ciri Keusahawanan Yang Saya Suka

Bilakah Tuan Patut Berhenti Kerja dan Mulakan Bisnes Sendiri

Pada hujung minggu yang lalu, saya meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama kawan-kawan lama yang masih lagi bekerja dengan syarikat-syarikat lain.

Mereka mengutarakan beberapa soalan untuk berkaitan kerja yang sudah menjadi Frequently Asked Question (FAQ). Continue reading Bilakah Tuan Patut Berhenti Kerja dan Mulakan Bisnes Sendiri

Adakah In-N-Out Burger Lebih Bagus Dari McDonald’s

In-N-Our Burger telah membuka restoran pertama mereka di Baldwin Park, California, pada tahun 1948. Pada waktu itu, ia sebuah restoran yang biasa, hanya ada dua lorong ‘drive-through,’ dan hanya menjual satu menu sahaja. In-N-Out Burger hanya menjual burger, fries, dan minuman ringan. Ia adalah sebuah restoran yang biasa-biasa pada waktu itu.

Dalam jarak 45 minit dari restoran pertama In-N-Out, sebuah restoran yang lebih kurang sama telah dibuka oleh McDonald’s. McDonald’s sekarang beroperasi dengan lebih 32,000 restoran di seluruh dunia.

In-N-Out mempunyai 300 buah restoran hanya di Amerika dan jualan tahunan mereka adalah USD400 juta. Continue reading Adakah In-N-Out Burger Lebih Bagus Dari McDonald’s