Bilakah Tuan Patut Berhenti Kerja dan Mulakan Bisnes Sendiri

Pada hujung minggu yang lalu, saya meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama kawan-kawan lama yang masih lagi bekerja dengan syarikat-syarikat lain.

Mereka mengutarakan beberapa soalan untuk berkaitan kerja yang sudah menjadi Frequently Asked Question (FAQ).

“Telah 5 tahun saya bekerja, sudah nak muntah rasanya. Beberapa bulan yang lepas pula saya mendapat bos yang baru. Integriti bos baru ini hancur. Selalu ada taktik-taktik mendapatkan duit pelanggan yang tidak beretika.” – Kawan A.

“Sejak dari dulu, saya sering mengimpikan untuk ada bisnes sendiri. Saya sudah ada idea yang saya rasa akan berjaya jika saya buat. Tetapi, banyak orang kata bisnes yang baru akan gagal pada tahun pertama. Ini membuatkan saya takut untuk berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri.” – Kawan B.

Jangan mulakan bisnes sebagai tindakan balas kepada situasi buruk

Satu niat yang bagus untuk mulakan bisnes sendiri. Tetapi, mahu buat bisnes sebab bencikan bos bukan satu sebab yang bagus untuk mulakan bisnes.

Untuk mulakan bisnes, kita mesti ada satu idea yang kita sangat passionate dengan idea tersebut. Jika tidak, kita tidak dapat untuk kekal mengharungi tahun pertama dalam bisnes.

Rasa marah pada bos bukan sumber motivasi yang bagus untuk mengharungi tahun pertama dalam bisnes.

Saya telah melihat banyak startup yang berjaya kerana passion mendalam pengasas kepada ideanya, bukan kerana dia benci kepada bos lama.

Dalam Seminar Job Escape Plan 18 Februari ini, banyak ilmu yang akan tim ABS kongsi bagaimana Tuan boleh berhenti kerja dan mulakan bisnes sendiri.

Soalan-soalan berikut kita perlu jawab sebelum kita buat keputusan besar untuk berhenti kerja:

#1 – Adakah tuan boleh buktikan idea bisnes tuan akan berjaya?

Ramai usahawan mulakan bisnes tanpa kajian yang cukup. Mereka tidak berusaha menjawab soalan-soalan penting bagi seorang pendiri bisnes.

Tanpa kajian yang cukup bagaimana kita dapat buktikan apa yang kita lakukan akan mendapat sambutan pelanggan yang cukup.

Jika tuan tidak dapat buktikan bisnes kita boleh menarik pelanggan, bagaimana tuan dapat yakinkan pelabur untuk berikan duit dan sokongan bagi membesarkan bisnes.

#2 – Adakah tuan bersedia untuk hidup dengan duit kecil setiap bulan?

Setelah berhenti kerja, tuan akan hidup dengan duit simpanan sehinggalah bisnes yang tuan jalankan memberikan pulangan.

Persoalannya, berapa lama tuan dapat hidup sebelum mendapat pulangan dari bisnes?

Untuk menguruskan situasi ini, Ada beberapa cara, taktik dan metodologi yang Tim Sekolah Bisnes pernah kongsikan dalam Seminar Job Escape Plan. Ini terbahagi kepada dua kategori, sebelum berhenti kerja dan selepas berhenti kerja.

Satunya, adalah metodologi untuk lakukan kiraan berapa lama tuan boleh hidup selepas tanpa gaji bulanan.

#3 – Adakah tuan cukup bagus menyelesaikan masalah dan mengatasi halangan?

Bekerja dengan syarikat besar, bukan kita seorang yang selesaikan semua kerja. Kerja-kerja yang besar telah diagihkan kepada jabatan-jabatan tertentu. Kemudian jabatan itu akan pecahkan kerja besar itu kepada kerja-kerja kecil kepada eksekutif-eksekutif.

Membangunkan bisnes sendiri di peringkat startup, tuan dan beberapa orang rakan kongsi yang akan lakukan semua benda. Tiada jabatan atau orang lain yang akan bantu tuan. Jika tuan ambil bantuan dari luar, tuan kena bayar kerja mereka.

Tuan dan tim yang akan menyelesaikan semua masalah yang berlaku dalam bisnes yang tuan bangunkan.

#4 – Adakah tuan sanggup korbankan kehidupan untuk membangunkan bisnes?

Tuan mungkin mahu mulakan bisnes kerana mahu banyak masa bersama keluarga. Ya, tuan akan ada banyak duit dan masa untuk enjoy, apabila bisnes tuan sudah berjaya (established).

Sebelum itu, tuan akan kerja sehingga larut malam. Tuan akan bangun jauh awal pagi untuk selesaikan kerja lebih awal. Tuan akan terlepas untuk menghadiri kenduri kawan. Mungkin juga tuan terlepas untuk ziarah kawan sakit.

.

Jika secara jujur tuan menjawab ‘ya’ kepada soalan-soalan di atas. Layaklah tuan untuk berhenti kerja dan mulakan bisnes.

Published by

Khairul Azan Ahmad

Usahawan, penulis dan konsultan ABS Business Consulting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *