Benny Hsu Jana Pendapatan Bersih USD101,971 Dengan Menjual T-Shirt di Facebook

Benny Hsu merupakan orang yang tidak tahu apa mengenai FB Ads pada awalnya.

Pertama kali dia menggunakan FB Ads adalah untuk menjual aplikasi iPhone Photo 365 yang dia bangunkan dan gagal.

Dia seorang yang berminat dengan t-shirt. Memang dari dulu, dia berimpian untuk design dan jual t-shirt sendiri.

Dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang, Benny Hsu tahu dia boleh menjual t-shirt tanpa menyimpan stok dan boleh menempah reka bentuk t-shirt daripada kilang dengan minimum tempahan hanya 10 helai sahaja.

Cuma satu sahaja masalah yang dia hadapi, iaitu dia tidak tahu bagaimana untuk dapatkan pelanggan. Dan dia mesti fikir bagaimana caranya untuk dapatkan pelanggan.

Lihat peluang

Satu hari, Benny Hsu ternampak ada orang menjual kursus digital di internet – bagaimana membuat duit dengan menjual t-shirt secara online. Dia membeli kursus itu.

Dia belajar langkah demi langkah untuk menjual t-shirt berdasarkan kursus itu. Dia juga cuba menggunakan FB Ads untuk mendapat pelanggan.

Dia mula desain t-shirt pertamanya dan upload gambar untuk menjual.

Percubaan kali pertama gagal dengan bajet USD10. Walaupun begitu, semangatnya tidak luntur. Dia cuba menyertai beberapa Facebook Group untuk bercakap dan belajar daripada orang lain.

Dia perlu membuat jualan sekurang-kurang 10 helai t-shirt barulah dia boleh buat tempahan di Teespring.com untuk cetakan.

Teespring satu perkhidmatan untuk menjual t-shirt yang mudah. Kita cuma perlu upload design, tetapkan harga, dan tempah sekurang-kurang 10 t-shirt.

Gagal

Dia cuba untuk buat jualan melalui FB Ads sebanyak 21 kali dan kesemuanya gagal. Tetapi, dia tidak putus semangat dan membuat catatan bagi setiap eksperimen yang dia lakukan. Dia telah cuba menjual kepada bermacam-macam niche termasuk orang yang suka anjing, penggemar kopi, peguam dan lain-lain.

Setiap kali dia mencuba, dia letakkan bajet maksimum sebanyak USD10 sahaja bagi setiap ekperimen yang dia lakukan.

Kejayaan pertama

Pada kali ke-22, barulah dia mendapat seorang pelanggan. Dan ini berlaku sebelum bajet USD10 itu habis untuk eksperimen kali ke-22 itu.

Setelah itu, dia ‘disable’ bajet USD10 itu, dan biarkan iklan itu berjalan. Akhirnya, dia mendapat USD112.25 (17 t-shirt terjual) dengan kos iklan sebanyak USD81.72 bagi eksperimen kali ke-22 itu. Keuntungan yang diperoleh adalah USD30.53 (112.25 – 81.72).

30 dolar adalah jumlah yang sedikit. Tetapi angka itu memberi semangat dan keyakinan bahawa beriklan di Facebook boleh menghasilkan jualan. Lalu, dia terus membuat ‘fine tuning’ dan mencari titik efisien dalam menjalankan kempen.

Setiap pagi, perkara pertama yang dia lakukan adalah memeriksa angka jualan yang berlaku semalam. Setiap malam dia akan upload gambar untuk kempen pada hari yang berikutnya. Ada masa dia tidur lewat kerana membuat kajian mencari idea baru untuk desain t-shirt. Dia sentiasa membawa buku nota ke mana sahaja untuk mencatat idea-idea yang dia baru dapat.

Ada kempen yang berjaya dan dan kempen yang gagal. Tetapi, angka bilangan kempen yang gagal terus menurun dan angka bilangan kempen yang berjaya terus naik.

Dalam masa sebulan, dia telah menghabiskan sebanyak USD 1,000. Tetapi dia juga telah memperolehi pendapatan sebanyak USD 1,000. Ini bermakna, dia telah mencapai ‘break-even point’ dalam kempen yang dia jalankan.

Setelah 5 bulan, duit yang telah terbakar untuk iklan adalah USD51,024.98. Tetapi iklan yang dia jalankan telah menghasilkan USD152,996.34. Jumlah untung bersih yang dia peroleh setelah ditolak kos iklan adalah USD101,971.36.

Pada ketika ini dia mula sedar, ini bukan lagi pendapatan sampingan. Tetapi ini boleh menjadi kerja sepenuh masa baginya.

“Saya boleh lakukan apa yang saya seronok lakukan, lakukan di mana sahaja, dan duit masih berjalan walaupun saya sedang tidur.” – Benny Hsu

“3 tahun dahulu, kalau ada orang beritahu, saya boleh buat duit banyak dengan jual t-shirt online, saya akan menganggap dia berbohong.” – Benny Hsu

Tidak semua orang yang jual t-shirt online boleh mencapai angka itu. Tetapi apa yang penting, angka itu boleh dicapai jika dilakukan dengan betul.

Published by

Khairul Azan Ahmad

Usahawan, penulis dan konsultan ABS Business Consulting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *