Beberapa Cara Untuk Dapatkan Ahli Tim dan Tenaga Kerja

Di belakang orang bisnes yang berjaya ada tim yang hebat. Walaupun pengasas dan CEO yang selalu mendapat nama dan popular, ada satu tim yang hebat di belakang mereka yang menggerakkan bisnes ke tahap kejayaan.

Kita biasa mendengar nama seperti Steve Jobs, Bill Gates dan Mark Zuckerberg. Tetapi kita kena sedar di belakang Steve Jobs, ada Steve Wozniak dan Mike Markkulla. Bill Gates ada Paul Allen dan Gordon Letwin. Mark Zuckerberg ada rakan seperti Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin dan Sean Parker.

Tanpa ragu, bilionair adalah orang yang hebat. Tetapi, tim mereka adalah sebab yang paling besar kenapa mereka boleh berjaya.

Berikut beberapa cara yang boleh digunakan untuk mendapat orang-orang yang hebat masuk ke dalam tim kita.

#1 – Tawarkan saham

Jika kita masih belum mampu untuk membayar duit, tawarkan mereka saham atau ekuiti dalam syarikat. Ini adalah bagaimana sebuah idea bisnes boleh membangun pada peringkat awal. Cuba lihat bagaimana Saverin menjadi bilionair sekarang kerana sahamnya di dalam Facebook.

Kebanyakan orang tidak akan menerima saham yang kita tawarkan melainkan mereka betul-betul percaya terhadap apa idea bisnes yang kita mahu bangunkan. Jika mereka sanggup terima saham yang kita tawarkan, mereka percaya kepada idea kita. Dan mereka akan bekerja kuat untuk menjayakan idea itu bersama-sama.

#2 – Ambil intern

Jika kita mempunyai masa untuk mengajar dan memberi bimbingan kepada orang lain, ambil intern bekerja bersama kita. Sebahagian intern bekerja percuma kerana mereka mahu belajar sesuatu.

Kita mungkin tidak perlu membelanjakan banyak duit terhadap intern, sebaliknya kita perlu melaburkan masa dan tenaga untuk membangunkan bakat yang mereka ada.

#3 – Guna kontraktor atau pekerja separuh masa

Jika kita tidak mampu untuk membayar gaji penuh, untuk projek-projek tertentu kita boleh ‘outsource’ kepada kontraktor. Selain itu, kita juga boleh dapatkan pekerja separuh masa.

Dengan menggunakan kontraktor, kita boleh tentukan berapa lama mereka akan bersama dengan kita. Dan kita boleh mengawal saiz kerja mengikut bajet yang kita ada.

Kita juga boleh menggunakan khidmat dari kontraktor dari laman web seperti Guru, Upwork, Fiverr dan Freelancer.

Pekerja separuh masa juga bagus untuk menguruskan perkara-perkara bukan kritikal. Mereka adalah seperti suri rumah yang menerima kerja yang kita berikan kerana itu adalah hobi mereka.

#4 – Bayaran tertangguh

Bayaran tertangguh untuk satu perkara yang ‘tricky’ dan kita perlu barhati-hati menulisnya di dalam ‘offer letter.’

Cara ini adalah di mana kita berunding untuk menangguhkan pembayaran gaji sehinggalah tahap tertentu dalam bisnes dapat dicapai.

Sebagai contoh, kita mungkin berunding untuk menangguhkan pembayaran gaji sehinggalah jumlah jualan mencapai nilai tertentu. Apabila jualan mencapai nilai itu, kita membayar sekali gus bayaran tertangguh itu.

Published by

Khairul Azan Ahmad

Usahawan, penulis dan konsultan ABS Business Consulting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *