Amalan Peniaga Solo Yang Betul

Berniaga secara solo adalah salah satu cara untuk belajar berbisnes pada peringkat awal.

Secara solo atau berjemaah, menguruskannya tetap dengan cara pengurusan bisnes yang betul.

Saya menulis artikel ini kerana melihat satu statistik yang menarik di Amerika Syarikat iaitu 22 juta daripada 28 juta SME merupakan peniaga solo.

Mungkin dengan berniaga secara solo ada kelebihan tersendiri. Tetapi tentulah juga ada cabarannya yang kita kena lalui.

Beberapa amalan berikut perlu kita berikan perhatian dalam pengurusan perniagaan kita.

#1 – Fokus kepada pengurusan tunai

Kita rasa banyak duit yang kita dapat, kerana kita tidak mengeluarkan kos yang tinggi sebab kita bekerja secara solo. Kerana itu, kita cenderung untuk membeli perkara-perkara yang tidak perlu untuk bisnes.

Pada masa perniagaan kita bagus, tidak mengapa. Bagaimana pula ketika perniagaan kita tidak berapa bagus.

Pastikan kita sentiasa meletakkan sebahagian daripada pendapatan yang kita hasilkan sebagai simpanan. Duit inilah yang akan kita guna untuk ‘survive’ apabila perniagaan kita tidak berapa bagus.

Selain itu kita juga mesti menjaga proses kitaran aliran tunai atau ‘cash conversion cycle’ bermula daripada proses jual sehingga hantar.

Saya biasa menasihati klien agar jaga ‘cash conversion cycle.’ Lagi pendek kitarannya lagi bagus sehingga kita boleh capai ‘negative cash conversion cycle.’

#2 – Uruskan kitaran jualan dan ‘fullfilment’

Perkara biasa bagi orang yang berniaga solo untuk terperangkan dalam kitaran jualan dan ‘fullfilment.’

Contohnya buat servis laman web. Mereka buat jualan. Setelah berjaya ‘close sale,’ mereka mula bekerja untuk bangunkan laman web tersebut. Dalam masa mereka sibuk membangunkan laman web, mereka terlupa membuat jualan untuk dapatkan ‘job’ seterusnya. Apabila ‘job’ sekarang sudah selesai, mereka terkapai-kapai kerana tidak ada ‘job’ baru.

Salah satu cara untuk atasi perkara ini adalah dengan membayar upah agen jualan agar dia membuat jualan semasa kita sibuk menyiapkan ‘job’ sedia ada.

#3 – Bekerja secara tersusun dan berdisiplin

Semasa kita bekerja dengan orang lain, kita boleh berdisiplin kerana kita ada bos. Tetapi apabila kita bekerja solo, mudah untuk kita lalai dan leka daripada tugasan.

Cuba cari satu sistem kerja yang bagus untuk kita ikut. Boleh juga guna bantuan seseorang atau rakan untuk ‘follow-up’ atau beri peringatan terhadap kerja-kerja kita.

#4 – Jangan abaikan perakaunan

Ramai pekerja solo tidak mempedulikan perakaunan. Dan percayalah, sukar untuk perniagaan berjalan dengan baik tanpa kita ‘keep track’ akaun.

Buat akaun yang berbeza untuk bisnes dan peribadi. Ia juga akan memudahkan pengurusan cukai pendapatan kita nanti.

Dengan akaun juga kita boleh ‘keep track’ bil-bil yang perlu kita bayar dengan tepat. Kita juga boleh melihat unjuran aliran tunai yang kita ada, agar kita tidak tersalah berbelanja.

#5 – Solo bukan solo pada hakikat

Kita sebut sahaja berniaga secara solo. Pada hakikatnya kita bukan solo. Kita sentiasa perlukan bantuan orang lain. Aktiviti menambah dan memperkukuh modal sosial mesti sentiasa dilakukan agar kita dapat banyak peluang dan jualan.

Ada masanya kita dapat ‘job’ tetapi kita dapat lakukannya kerana kerja yang kita ada masih belum selesai. Kita boleh subkontrak kepada orang lain dan kita ambil komisen sahaja.

Ada masa kita pula yang dapat subkontrak daripada orang lain.

Dalam perniagaan, kita juga perlukan khidmat peguam, setiausaha syarikat, bank dan akauntan. Kita sebenarnya bukan berniaga solo.

Published by

Khairul Azan Ahmad

Usahawan, penulis dan konsultan ABS Business Consulting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *