Adakah In-N-Out Burger Lebih Bagus Dari McDonald’s

In-N-Our Burger telah membuka restoran pertama mereka di Baldwin Park, California, pada tahun 1948. Pada waktu itu, ia sebuah restoran yang biasa, hanya ada dua lorong ‘drive-through,’ dan hanya menjual satu menu sahaja. In-N-Out Burger hanya menjual burger, fries, dan minuman ringan. Ia adalah sebuah restoran yang biasa-biasa pada waktu itu.

Dalam jarak 45 minit dari restoran pertama In-N-Out, sebuah restoran yang lebih kurang sama telah dibuka oleh McDonald’s. McDonald’s sekarang beroperasi dengan lebih 32,000 restoran di seluruh dunia.

In-N-Out mempunyai 300 buah restoran hanya di Amerika dan jualan tahunan mereka adalah USD400 juta.

Kepuasan pelanggan

Walaupun bisnes In-N-Out kecil, – dalam kepuasan pelanggan – ia mengalahkan McDonald’s. Pelanggan yang berada dalam kawasan yang ada restoran McDonald’s dan In-N-Out, mereka akan mengatakan burger In-N-Out lebih sedap dan mereka lebih gembira untuk makan di restoran In-N-Out.

Falsafah bisnes In-N-Out tidak berubah sejak ianya ditubuhkan, iaitu:

“Give customers the freshest, highest quality foods you can buy and provide them with friendly service in a sparkling clean environment.”

Menu yang sama

In-N-Out tidak ada cawangan di Malaysia. Tapi kita boleh melihat menu makanan dengan membukan laman web In-N-Out.

Jika kita membuka laman web In-N-Out, kita akan perasan hanya ada satu menu sahaja – burger, ‘fries’ dan ‘shake’

Tidak seperti McDonald’s dan Burger King – yang sentiasa memperkenalkan menu baru – In-N-Out masih fokus kepada menu yang menjadi kepakaran mereka iaitu: membuat burger, ‘fries’ dan ‘shake’ yang sangat bagus, itu sahaja.

Bahan asli dan segar

Burger In-N-Out diperbuat daripada daging lembu segar, 100% asli tanpa bahan tambahan dan pengawet. Kentang dan sayuran lain dipotong secara manual setiap hari di restoran mereka. Mereka juga membuat ‘shakes’ dengan aiskrim sebenar.

Dunia sekarang mempunyai kecanggihan teknologi makanan seperti bahan-bahan ‘cryigenically frozen’ dan ‘off-site food preparation. Tetapi, kita tidak akan jumpa satu pun ‘freezer,’ ‘heat lamp’ dan ketuhar mikro di restoran In-N-Out.

“Kami melayan setiap pelanggan, satu burger bagi satu masa.” – kata salah seorang pengurus restoran In-N-Out.

Walaupun menu hanya satu, tetapi pelanggan masih boleh ‘custom’ menu tersebut mengikut kegemaran mereka dengan beberapa ‘code name’ popular semasa mengambil pesanan. Jika pelanggan memesan ‘Double-Double Animal Style,’ mereka akan dapat ‘double burger’ dan ‘double cheese.’ Membuat pesanan 4×4 bermakna 4 keping ‘patty’ daging lembu, 4 keping keju, dan satu ‘grilled cheese.’

Kepuasan pelanggan bukan pada menu sahaja. Pekerja-pekerja In-N-Out adalah pekerja yang peramah dah dilatih dengan baik. Semua pekerja mendapat latihan yang baik.

Semua pekerja separuh masa yang baru dibayar USD10 setiap jam sebagai permulaan dan gaji akan meningkat dari masa ke masa. Dan pekerja separuh masa juga mendapat tajaan untuk pergi bercuti.

Gaji pengurus pula ada USD100,000 setahun, ada bonus tahunan dan faedah lain. Pengurus yang mencapai sasaran jualan tahunan akan mendapat tajaan percutian mewah dengan pasangan dengan penerbangan kelas pertama. Kebanyakan pengurus adalah bukan orang yang dibawa masuk, tetapi naik pangkat dari bawah. 80% pengurus adalah orang yang bermula dari tahap yang paling bawah.

Pekerja yang gembira dan bersemangat akan membawa kepada pelanggan yang sangat berpuas hati berurusan dengan mereka.

Peminat sejati

Adalah perkara yang biasa apabila ada cawangan baru dibuka, kereta bersusun panjang sehingga 1 kilometer lebih. Orang akan beratur sehingga satu jam untuk mendapatkan burger, fries dan shake. Dan orang yang betul-betul fanatik akan tidur semalaman di kedai menunggu kedai buka keesokan pagi.

Pernah berlaku di Arizona, pelanggan beratur sehingga 4 jam dan helikopter syarikat berita membuat liputan dari udara.

Tidak perlu bajet iklan yang besar

In-N-Out tidak mengeluarkan belanja yang banyak untuk iklan. Mereka sekadar menyewa billboard dan sedikit iklan radio. Itu sudah cukup untuk pelanggan mereka tahu, dan pelanggan itu sendiri akan menyebar mesej In-N-Out.

Bagi I-N-Out, pelanggan setia adalah taktik pemasaran sebenar. Pelanggan itu dengan bangganya akan memakai T-shirt dan menampal sticker In-N-Out pada kereta mereka.

Sikap fanatik pelanggan itu sendiri yang akan membawa pelanggan baru untuk datang. Mereka tidak sabar untuk menyebarkan ‘code name’ menu In-N-Out seperti 4×4 dan ‘animal style.’

In-N-Out juga tidak membayar artis untuk membuat ‘endorsement,’ tetapi jenama In-N-Out itu sendiri yang terkeluar dari mulut artis tersebut. Pernah dalam rancangan TV Tonight Show, Conan O’Brien bertanya kepada Tom Hanks apa cadangan aktiviti di Los Angeles, Tom Hanks menjawab: “satu perkara yang hebat di Los Angeles adalah In-N-Out Burger.

Paris Hilton pernah ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk. Tetapi dia menjawab dia mahu ke In-N-Out Burger.

Published by

Khairul Azan Ahmad

Usahawan, penulis dan konsultan ABS Business Consulting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *