Bilakah Tuan Patut Berhenti Kerja dan Mulakan Bisnes Sendiri

Pada hujung minggu yang lalu, saya meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama kawan-kawan lama yang masih lagi bekerja dengan syarikat-syarikat lain.

Mereka mengutarakan beberapa soalan untuk berkaitan kerja yang sudah menjadi Frequently Asked Question (FAQ). Continue reading Bilakah Tuan Patut Berhenti Kerja dan Mulakan Bisnes Sendiri

Adakah In-N-Out Burger Lebih Bagus Dari McDonald’s

In-N-Our Burger telah membuka restoran pertama mereka di Baldwin Park, California, pada tahun 1948. Pada waktu itu, ia sebuah restoran yang biasa, hanya ada dua lorong ‘drive-through,’ dan hanya menjual satu menu sahaja. In-N-Out Burger hanya menjual burger, fries, dan minuman ringan. Ia adalah sebuah restoran yang biasa-biasa pada waktu itu.

Dalam jarak 45 minit dari restoran pertama In-N-Out, sebuah restoran yang lebih kurang sama telah dibuka oleh McDonald’s. McDonald’s sekarang beroperasi dengan lebih 32,000 restoran di seluruh dunia.

In-N-Out mempunyai 300 buah restoran hanya di Amerika dan jualan tahunan mereka adalah USD400 juta. Continue reading Adakah In-N-Out Burger Lebih Bagus Dari McDonald’s

4 Strategi Starbucks Mengembangkan Bisnes

Dalam masa 3 dekad lebih sahaja, Starbucks telah berkembang dengan cepat, daripada sebuah kedai kopi kecil di Seattle kepada syarikat yang menjana pendapatan USD 19 bilion dengan lebih 24,464 kedai di seluruh dunia. Strategi starbucks pastinya sangat kukuh sehingga boleh mencapai ke tahap itu.

Di Amerika Syarikat sahaja, Starbucks menjual kepada lebih 70 juta pelanggan setiap minggu. Starbucks menjadikan kedainya sebagai ‘tempat ketiga’ – di antara pejabat dan rumah. Continue reading 4 Strategi Starbucks Mengembangkan Bisnes

Kejayaan Amazon Lebih Cepat Daripada Walmart, Inilah Sebabnya

Apabila kita sebut mengenai kedai online atau ‘shopping online,’ jenama yang terlintas tentunya Amazon.com selain Lazada dan Zalora. Bagaimana kejayaan Amazon bermula dan apakah sebabnya?

Amazon adalah antara syarikat yang mencetus dan memacu dunia pembelian online sekarang.

Pada tahun 1995, Jeff Bezos mula menjual buku dari garaj rumahnya di Seattle. Sehingga sekarang, Amazon masih menjual buku. Tetapi, ia telah berkembang pesat dengan menjual bermacam produk lain selain buku. Fikirkan sahaja apa produk yang kita perlu dan mahu beli, dan cari produk itu di Amazon. Continue reading Kejayaan Amazon Lebih Cepat Daripada Walmart, Inilah Sebabnya

Nike Menguasai Pasaran Dengan Membina Hubungan Pelanggan

Logo ‘swoosh’ Nike boleh dilihat di mana-mana sahaja. Sebagai eksperimen, cuba kita kira berapa banyak ‘swoosh’ yang kita boleh jumpa dengan melihat laman web sukan, media sosial, saluran TV sukan dan majalah-majalah sukan.

Dengan berbagai inovasi dalam pasaran, Nike telah berjaya meletakkan ‘swoosh’ sebagai jenama yang sangat terkenal dalam dunia.

Puluhan tahun dahulu, Phil Knight dan Bill Bowerman bersama-sama mengasaskan syarikat. Continue reading Nike Menguasai Pasaran Dengan Membina Hubungan Pelanggan